Salam sejahtera ,
Ini adalah tutorial pertama saya berkenaan photoshop, dan saya
mengandaikan saudara/saudari mungkin merasakan tutorial ini tidak seberapa
namun saya berharap saudara/saudari yang telah membaca artikel ini , tinggalkan
komen kritikan atau cadangan supaya menjadi panduan kepada saya untuk menghasilkan
tutorial yang lebih baik kelak , |FK ‘2012
Durasi : 30 minit – 1 jam *
Software: Photoshop CS3 / CS4/ CS5 / CS6
Pada permulaan tutorial ini anda akan
membuat brush percikan api seterusnya akan membuat kesan percikan api.
Pada penghujung tutorial ini anda akan mendapat sesuatu seperti diatas .Baik tanpa membuang masa marilah kita memulakan tutorial ini .Saya mengandaikan saudara/saudari telah membuka aplikasi
Photoshop ,
Rajah
1
Seperti mana yang terdapat pada rajah 1 , saudara/ saudari sila klik kan “File” pada toolbar Photoshop tersebut untuk membuka new canvas
yang akan digunakan sepanjang tutorial ini .
Rajah 2
Saudara/
Saudari sekalian , sila mengikut aturan terdapat didalam rajah 2. Saya
mengandaikan bahawa anda sudah menamakan canvas tersebut ; Acuan Percikan Api ,
width : 2000 Pixels & height : 2000 Pixels , Resolution 72 , color mode :
RGB Color / 8 bit dan Background Contents : white . PERHATIAN : sila pastikan canvas anda
adalah seperti mana terdapat pada rajah 2 , sekiranya tidak ini akan
menjejaskan proses keseluruhan tutorial
ini .
Rajah 3
Seterusnya anda hendaklah unlock layer yang terdapat pada
tool layer , cara : double click icon
seperti manga / kunci seperti yang ditunjukkan anak panah 3A . Kemudian sila klik new transparent layer
seperti ditunjukkan anak panah 3B.
Rajah 4
Rasanya saudara /
saudari telah menghasil new layer (4B) dan unlock layer (4A) seperti yang terdapat pada rajah 4. Kenapa saya mengunlockkan layer terdapat
pada 4A , hal ini kerana sudah menjadi
kebiasaan kepada saya untuk mengunlock
layer tersebut .Oleh itu saya tidak menekan kepada saudara / saudari
samada untuk melakukan perkara yang sama kelak, tetapi dalam tutorial ini , anda
wajib melakukannya . Manakala layer transparent yang baru dicipta akan
dijadikan tapak untuk membuat brush percikan api .
Rajah 5
Seterusnya kita akan
bermain dengan tool photoshop . Pastikan anda klik layer transparent
seperti pada 5A , pastikan foreground
(hitam) dan (putih) background seperti pada 5B dan pastikan anda mengunakan
brush seperti yang ditunjukkan pada 5C .
Rajah 6
Pastikan anda highlight layer transparent seperti pada 6A . Kemudian anda settingkan size
/ Diameter brush anda pada 1200 px dan
pilih hardness : 0 % seperti pada 6B . Dan ini part ini paling senang rasa newbie dalam photoshop pun dapat
buat , sila klik sekali sahaja pada middle canvas seperti pada rajah 6C . Rasa
saudara /saudari mungkin hairan dan berfikir “uits apa benda ni?” eheheh sabar
, ini baru permulaan. Baik tanpa membuang masa kita lihat langkah seterusnya .
Rajah 7
Sekali lagi pastikan anda masih highlight layer transparent
pada layer panel seperti yang ditunjukkan pada 7A . Kemudian pada keyboard anda
sila tekan “ CTRL” + “T” untuk melakukan free transform seterusnya right clik
mouse anda * pastikan panel seperti pada 7C muncul* dan pilih “Distort”
Rajah 8
Pastikan anda melakukan seperti mana terdapat pada rajah B .
Tarikkan bucu / sudut yang dipaparkan pada 8A
, 8B1 dan 8B2 mengikut arah yang ditunjukkan .
Pastikan hasil ada seperti yang diatas . Saya mengandaikan
bahawa anda telah berjaya menghasilkan bentuk seperti yang diatas .
Rajah 9
Seterusnya kita akan menghidekan layer background iaitu dengan mengklik icon seperti
mata terdapat pada panel layer tersebut , anda dapat melihat pada anak panah 9A.
Rajah 10
Kemudian kita define shape tadi menjadi brush sepertimana yang ditunjukkan pada rajah 10 .
Pastikan anda masih highlight layer
seperti yang ditunjukkan pada 10A ,
kemudian klik “edit “ seperti ditunjukkan
pada anak panah 10B kemudian pilih “Define
Brush Preset” sepertimana ditunjukkan
anak panah 10A.
Sekira
tertera panel seperti rajah diatas ternyata anda sudah berjaya menghasilkan brush anda sendiri .
Rajah 11
Seterusnya , anda
close tanpa mengyimpan file
tersebut hal ini kerana file tersebut telah menjadi brush yang anda
mampu guna bila-bila masa sahaja .
Rajah 12
Sekarang saya akan
membawa saudara/saudari kepada sesuatu yang lebih advance . Jadi
ambil perhatian kepada setiap
langkah-langkah yang akan anda sekalian lalui . Setelah selesai membuat brush , anda sediakan
canvas baru tetapi sebelum itu pastikan foreground dan background anda adalah putih dan hitam
seperti yang ditunjukkan anak panah 12A.
Kemudian seperti mana proses awal
tutorial ini , anda klik file
(12B) kemudian new layer . Pada panel
new layer tersebut(12C) anda boleh namakan
apa sahaja anda mahu , dalam kes ini saya namakan “TEST” .
Width : 2000 PX , Height : 2000
PX ,resolution : 72 , color mode : RGB
Color dan PERHARTIAN : ubah background
content kepada : Background Color .
Sekiranya selesai , kita proceed next step .
Rajah 13
Kemudian hasilkan new layer (transparent layer ) seperti
yang ditunjukkan pada 13A , kemudian
pastikan layer sebut berada pada atas layer background (warna hitam)
sepertimana yang ditunjukkan 13B. Seterusnya anda klik brush icon pada tool
panel seperti ditunjukan pada 13C dan
settingkan saiz/diameter brush anda pada
1700
terlebih dahulu seperti mana yang ditunjukkan 13D *
namun tidak menjadi halangan sekiranya anda ingin settingkan saiz brush anda sendiri.
Kemudian anda pilih brush percikan api yang dihasilkan pada
awal tutorial tadi . Lazimnya brush yang dihasilkan berada kedudukan terakhir
sepertimana yang ditunjukkan anak panah 14A .
Rajah 15
Seterusnya anda akan setting secara manual brush preset
untuk mnghasilkan pattern yang rambang
sepertimana percikan api yang kita lihat
sebelum ini.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih “window” (15A) - pilih “brush” (15B) kemudian tertera panel brush preset (15C) .
Sila
ikut setting diatas . Anda hanya digalakkan untuk mengubah “Shape Dynamics” dan
“Scattering".
Rajah 16
Part ini adalah kegemaran saya , jom kita melukis . Sekali
lagi pastikan anda highlight layer transparent seperti yang ditunjukkan pada
16A kemudian control brush size ikut
kreativiti anda . Sebolehnya anda dapat menghasilkan pattern seperti rajah 6 .
Tips : besarkan brush
apabila hendak brushkan berdekatan
dengan side canvas namun kecil sedikit brush apabila hendak brushkan bahagian tgh canvas .
Rajah 17
Sekarang anda akan mula proses mewarnakan supaya partikel-partikel kelihatan lebih realiti seperti percikan api . Anda perlu klik
adjustment seperti tertera pada 17A dan
klik color balance seperti yang ditunjukkan pada 17B .
Kemudian adjust color balance mengikut setting diatas .
Rajah 18
Pastikan anda mendapat hasil seperti diatas . Seterusnya
untuk untuk menghidupkan suasana
percikan api , anda apply motion blur .
Pastikan anda highlight layer seperti ditunjukkan 18A kemudian klik “Filter”
seperti yang ditunjukkan anak panah 18B
.
Rajah 19
Rajah 19 membantu anda untuk mencari filter Motion
Blur.
Settingkan motion blur seperti diatas .
Sekiranya proses
tutorial anda berjalan dengan lancar ,
maka anda akan mendapat sesuatu seperti diatas .
Saya memohon maaf sekiranya bahasa saya ini ada kurang memuaskan namun saya mengharapkan anda mendapat sesuatu daripada tutorial ini . Sekian Terima Kasih .