Monday 28 May 2012

KESAN KHAS : METEOR + BERAPI

Salam sejahtera dan kali ini saya kupas sedikit pasal efek yang telah saya buat ni,

1. Untuk menambahkan lagi kesan dramatik , saya telah mengunakkan filter motion blur , ehehe supaya subjek kelihatan seakan bergerak pada kelajuan yang tinggi

2. Part ini , rasa saya telah dedahkan dekat tutorial saya sebelum ini , dimana saya gunakan random stock api dari DA  dan tukar warna kepada kebiruan

3. Saya ini gemar melihat kedetailan sesuatu artwork , jadi untuk menambah kesan seakan batu-batu tersebut amat panas tetapi masih mengekalkan texture batuan tersebut, saya bermain dengan brightness dan contrast .

4. Yang ini saya tambah lagi element partikel bertaburan ehehe menceriakan lagi suasana

Apa-apa pun nak buat efek cam nie tak payah sangat cuma luangkan masa untuk bermain dengan PS dan saya ni bukan sifu/master/etc tetapi saya gemar mengedit/memanipulasi gambar | Salam FK .









Saturday 26 May 2012

REVIEW KESAN KHAS MANUSIA BERAPI II | FK


 Salam sejahtera , kali ini saya telah berexperiment dengan efek manusia berapi untuk kali entah keberapa . Teringat waktu sekolah dulu , cikgu ada cakap macam ni "The blue flame indicates complete combustion".

Dan saya mula bermain dengan warna kebiruan dan cuba punya cuba akhirnya jadi macam ini . Dan saya harap anda memanfaatkan tutorial saya sebelum ini , kerana dengan tutorial itu anda mahu mencapai efek seperti ini .

Salam FK

Friday 25 May 2012

REVIEW | FK



Salam sejahtera dan kali ini saya kupas sikit pasal tone seperti dekat  atas ini . Menarik bukan ? yup memang menarik bagi saya kerana tukang manipulasi ni bijak mengadun warna lantas menghasilkan sesuatu cam artistik .Ini kalau siapa yang take wedding photo ke something macam tue , memang disarankan tahu teknik ini *ini kepada photographer yang minat edit sikit*.Caranya tidak begitu payah cuma bermain dengan gradient , color balance , masking  dan kreativiti masing-masing untuk mencantikkan suasana.

Gradient - korang guna ni untuk fokuskan permandangan dekat gambar tue , cuba lihat manipulater ini mengelapkan kawasan sekeliling tetapi cerahkan bahagian tengah . Kalau payah sangat dengan Gradient anda  boleh guna lighting effect,  hasilnya adalah sama

Color Balance - Ini kebanyakkan manipulater dari pro dekat dunia hinggalah yang pro dekat malaysia pun guna color balance , untuk mewujudkan mood color yang menarik dekat gambar yang diedit .

Masking - Ini kegemaran saya bab guna tool ini banyak membantu saya sepanjang memanipulasi , yang ini dapat membantu anda untuk memilih area/ kawasan subjek yang ada mahukan supaya kelihatan pada canvas . Sebagai contoh saya guna masking untuk subjek ayam , kemudian saya maskingkan ayam tersebut dan hanya menampakkan kepala ayam sahaja pada canvas , the rest body ayam itu saya dah tutup guna masking .

Kreativiti masing-masing - Ini saya ada payah sikit nak cakap sebab benda ini , kekadang individu itu sudah ready made : dianugerahkan Tuhan dan ada juga hasil dari pengalaman masing-masing . Individu yang dianugerah tuhan adalah amat beruntung kerana dalam masa yang singkat individu macam ini dapat menghasikan artwork yang power-power , sebagai contoh Justin Bierbier , ehehe tetiba je JB dalam kepala otak ini . Dan ini kepada yang kurang kreativiti, jangan risau anda boleh belajar dari mereka  kreatif ini , macam mana ? act like them , walk like them , think like them macam tue la :D

Dan ini cuma review saya pasal gambar dekat atas tu , siapa-siapa yang ada pandangan masing-masing , cadangan or stuff macam tu silalah komen post ini . | Salam FK

*cam mana nak komen ? clik "show comments" dekat bawah ini *











TUTORIAL KESAN KHAS : MANUSIA BERAPI | FK

Salam sejahtera dan kali ini saya  akan tunjukkan cara untuk membuat kesan khas manusia berapi . Tutorial kali ini agak berat sedikit namun rasanya tidak lah begitu payah untuk menghasilkan seperti ini efek ini . Tutorial kali ini saya tujukan kepada yang sudah ada basic dalam editing menggunakan photoshop  dan kepada newbie yang keliru dengan step tutorial ini ,sila tinggalkan komen/soalan anda , nescaya saya akan membantu .

Photoshop : CS3 , CS4 ,CS5 ,CS6
Level : Medium
Durasi : 30 Minit * Bagi mendapatkan manfaat sepenuhnya silalah lihat step ini berulang kali
Pengarang : Fort Knox
Sumber gambar : http://ahrum-stock.deviantart.com/

Rajah diatas adalah kesan khas yang anda akan belajar dalam tutrial kali ini dan saya berharap anda diakhir tutorial dapat menghasilkan kesan seperti ini .

Saya mengandaikan bahawa anda telah membuka aplikasi Photoshop dan telah pun memilih gambar yang hendak diedit . Dalam tutorial kali ini saya telah mengunakkan stock gambar dari Ahrum *link dapat dilihat diatas .

Mula-mula ,

Dahulu duplicate layer , dengan menekan Ctrl + J . *Layer asal kita akan overlaykan warna hitam manakala layer baru akan di cropkan.
Kemudian asingkan subjek dan background dengan mengunakan cropping tool yang sesuai.

Dalam tutorial ini saya mengunakan magic eraser tool .Hal ini kerana subjek dan background mempunyai warna yang amat beza jadi amat sesuai untuk menggunakan magic eraser tool , tetapi anda harus kawal tolerance agak tidak merosakan gambar subjek .  Guna tolerance antara 30 -80 % .
Dan pastikan anda , mendapat hasil seperti dirajah atas .

Klik pada layer yang telah  anda crop , kemudian pilih gradient map seperti dirajah atas .

Klik gradient map , dan ikut warna gradient map sepertimana rajah diatas .

Kemudian pilih layer gradient map , right click - clipping mask . Dan anda akan mendapat sesuatu seperti diatas .

kemudian anda  hold shift pilih layer gradient map + layer yang telah dicrop , drag layer tersebut create new layer ,  lepas itu anda tekan ctrl + e , untuk merge layer tersebut .

 Sekiranya anda telah merge , maka layer anda sepatutnya sepertimana pada rajah diatas .

Tukar blending mode dari normal kepada  colour burn dan kontrol opacity .

Sekiranya anda telah berjaya menghasilkan sesuatu seperti atas , maka anda telah selesaikan 50 % proses tutorial ini. Seterusnya, bahagian  tutorial  yang  menarik  kerana kerana anda akan menghidupkan suasana karya anda dengan mengunakkan stock/gambar api.  Dan proses seterusnya adalah bergantung kepada kreaviti anda dan bagaimana anda handle photoshop. Stok gmbar api adalah hasil pencarian dari internet dan kebanyakkan ada dari Deviantart .


Cari gambar api dan letak dekat belakan subjek ikut kreativiti masing -masing .


 Ikut kreativiti masing-masing semakin random nyalaan api , senakin awesome manipulasi anda .


Saya menambah sedikit nyalaan api di kepala subjek untuk nenambahkankan lagi kesan dramatik. 

 Dan akhir sedikit touchup kawasan gelap dan terang dengan menggunakan Curve .



     Tutorial Kesan Khas : Manusia Berapi | FK
Dan akhir kata , terima kasih kerana sudi membaca tutorial kesan khas manusia berapi | FK . Tutorial ini hanyalah panduan semata-mata dan bukan 100% cara ia patut dilakukan kerana tiada cara yang standard untuk membuat efek seperti ini . Cara pengunaan tool dan bagaiman proses tutorial ini adalah hasil pengalaman saya , sekirnya ada salah dan silap sepanjang tutorial , saya hulurkan sepuluh jari. Dan paling penting , saya harap anda gembira  dengan ilmu manipulasi ni  | Salam FK



















Thursday 24 May 2012

KESAN KHAS MANUSIA BERAPI | FK



 Dalam masa dua tiga hari ini , saya macam berminat je nak buat efek badan berapi sampai tak senang duduk memikirkanya . Terus terang cakap , dapat ilham efek ini dari cerita Fantastic 4 iaitu watak 
Human Torch  . Konsep dan idea tue kredit kepada Marvel Comic , saya cuma edit dan tiru efek cam mereka  , jadi apa yang aku buat nie bukanlah  sesuatu yang baru atau groundbreaking.
Hari pertama buat efek nie , tanpa bantuan dari mana-mana sumber tutorial dekat internet  , saya cuba untuk memahami konsep "api tue dalam badan" , eheheh ni konsep saya reka sendiri , jadi ignore je . Cuba dan cuba  , saya dapati teknik untuk balance-kan warna kulit adalah paling sesuai *kalau sesiapa ada cara yang lebih sesuai silalah share , setelah memahami konsep  tersebut , saya mula touch up lagi efek ini dengan menggunakan gambar-gambar api dari DA .Tanpa dijangka ,efek badan berapi ini agak berhasil , jadi tunggu sahaja tutorial ini di blog saya atau di Youtube | Salam FK

Monday 21 May 2012

Tutorial | FK

Hai guys , saya dengan rasa rendah diri nak tunjukkan cara untuk menghilangkan sesuatu subjek tersebut dari gambar asal , mungkin tutorial ini saya tujukan kepada beginner photoshop dan kepada yang lain anggap je ni,  cuci mata :) , tanpa buang masa lihat lah sendiri step by step tutorial yang telah saya buat , simple namun berguna


Sunday 20 May 2012

Sauron | FK


All images that has been used in this artwork are credit to their respective owner

stock :
http://teonova.deviantart.com/
http://peroni68.deviantart.com/
other are mine

"This artwork are compiled from some stock & posted by Fort Knox
I claim no rights to the original stock, only the works of editing .
Re-editing & re-uploading of this artwork must include the name / resources listed above."