Friday 25 May 2012

REVIEW | FK



Salam sejahtera dan kali ini saya kupas sikit pasal tone seperti dekat  atas ini . Menarik bukan ? yup memang menarik bagi saya kerana tukang manipulasi ni bijak mengadun warna lantas menghasilkan sesuatu cam artistik .Ini kalau siapa yang take wedding photo ke something macam tue , memang disarankan tahu teknik ini *ini kepada photographer yang minat edit sikit*.Caranya tidak begitu payah cuma bermain dengan gradient , color balance , masking  dan kreativiti masing-masing untuk mencantikkan suasana.

Gradient - korang guna ni untuk fokuskan permandangan dekat gambar tue , cuba lihat manipulater ini mengelapkan kawasan sekeliling tetapi cerahkan bahagian tengah . Kalau payah sangat dengan Gradient anda  boleh guna lighting effect,  hasilnya adalah sama

Color Balance - Ini kebanyakkan manipulater dari pro dekat dunia hinggalah yang pro dekat malaysia pun guna color balance , untuk mewujudkan mood color yang menarik dekat gambar yang diedit .

Masking - Ini kegemaran saya bab guna tool ini banyak membantu saya sepanjang memanipulasi , yang ini dapat membantu anda untuk memilih area/ kawasan subjek yang ada mahukan supaya kelihatan pada canvas . Sebagai contoh saya guna masking untuk subjek ayam , kemudian saya maskingkan ayam tersebut dan hanya menampakkan kepala ayam sahaja pada canvas , the rest body ayam itu saya dah tutup guna masking .

Kreativiti masing-masing - Ini saya ada payah sikit nak cakap sebab benda ini , kekadang individu itu sudah ready made : dianugerahkan Tuhan dan ada juga hasil dari pengalaman masing-masing . Individu yang dianugerah tuhan adalah amat beruntung kerana dalam masa yang singkat individu macam ini dapat menghasikan artwork yang power-power , sebagai contoh Justin Bierbier , ehehe tetiba je JB dalam kepala otak ini . Dan ini kepada yang kurang kreativiti, jangan risau anda boleh belajar dari mereka  kreatif ini , macam mana ? act like them , walk like them , think like them macam tue la :D

Dan ini cuma review saya pasal gambar dekat atas tu , siapa-siapa yang ada pandangan masing-masing , cadangan or stuff macam tu silalah komen post ini . | Salam FK

*cam mana nak komen ? clik "show comments" dekat bawah ini *











No comments:

Post a Comment