Monday 30 April 2012

Percikan Api | Photoshop Tutorial | FK

Salam sejahtera ,
Ini adalah tutorial pertama saya berkenaan photoshop, dan saya mengandaikan saudara/saudari mungkin merasakan tutorial ini tidak seberapa namun saya berharap saudara/saudari yang telah membaca artikel ini , tinggalkan komen kritikan atau cadangan supaya  menjadi panduan kepada saya untuk menghasilkan tutorial yang lebih baik kelak , |FK ‘2012
Durasi : 30 minit – 1 jam *
Software: Photoshop CS3 / CS4/ CS5 / CS6

Pada permulaan tutorial ini anda akan membuat brush percikan api seterusnya akan membuat kesan  percikan api. 


Pada penghujung tutorial ini anda akan mendapat sesuatu seperti diatas .Baik tanpa membuang masa marilah kita memulakan tutorial ini .Saya mengandaikan saudara/saudari telah membuka aplikasi Photoshop ,
                                                                          Rajah 1 

Seperti mana yang terdapat pada rajah 1 ,  saudara/ saudari  sila klik kan “File” pada  toolbar Photoshop tersebut untuk membuka new canvas yang akan digunakan sepanjang tutorial ini .

  Rajah 2
Saudara/ Saudari sekalian , sila mengikut aturan terdapat didalam rajah 2. Saya mengandaikan bahawa anda sudah menamakan canvas tersebut ; Acuan Percikan Api , width : 2000 Pixels & height : 2000 Pixels , Resolution 72 , color mode : RGB Color / 8 bit dan Background Contents :  white . PERHATIAN : sila pastikan canvas anda adalah seperti mana terdapat pada rajah 2 , sekiranya tidak ini akan menjejaskan proses keseluruhan  tutorial ini .



  Rajah 3
Seterusnya anda hendaklah unlock layer yang terdapat pada tool layer , cara : double click icon  seperti manga / kunci seperti yang ditunjukkan anak panah 3A  . Kemudian sila klik new transparent layer seperti ditunjukkan anak panah 3B. 




 Rajah 4

Rasanya  saudara / saudari telah menghasil new layer (4B)  dan unlock layer (4A)  seperti yang terdapat pada rajah  4. Kenapa saya mengunlockkan layer terdapat pada 4A  , hal ini kerana sudah menjadi kebiasaan kepada saya  untuk mengunlock layer tersebut  .Oleh itu  saya tidak menekan kepada saudara / saudari samada untuk melakukan perkara yang sama kelak,  tetapi dalam tutorial ini , anda wajib melakukannya . Manakala layer transparent yang baru dicipta akan dijadikan tapak untuk membuat brush percikan api .

 Rajah 5
Seterusnya kita  akan  bermain dengan tool photoshop . Pastikan anda klik layer transparent seperti pada 5A  , pastikan foreground (hitam)  dan  (putih) background  seperti pada 5B dan pastikan anda mengunakan brush seperti yang ditunjukkan pada  5C .

 Rajah 6
 Pastikan anda highlight layer transparent  seperti pada 6A . Kemudian anda settingkan size / Diameter brush anda pada 1200 px  dan pilih hardness :  0 % seperti pada 6B  . Dan ini part ini paling senang rasa  newbie dalam photoshop pun dapat buat , sila klik sekali sahaja pada  middle canvas seperti pada rajah 6C . Rasa saudara /saudari mungkin hairan dan berfikir “uits apa benda ni?” eheheh sabar , ini baru  permulaan.  Baik tanpa membuang masa  kita lihat langkah seterusnya .

 Rajah 7
Sekali lagi pastikan anda masih highlight layer transparent pada layer panel seperti yang ditunjukkan pada 7A . Kemudian pada keyboard anda sila tekan “ CTRL” + “T” untuk melakukan free transform seterusnya right clik mouse anda * pastikan panel seperti pada 7C muncul* dan pilih “Distort”

 Rajah 8
Pastikan anda melakukan seperti mana terdapat pada rajah B . Tarikkan  bucu / sudut yang dipaparkan pada  8A , 8B1 dan 8B2 mengikut arah yang ditunjukkan . 

Pastikan hasil ada seperti yang diatas . Saya mengandaikan bahawa anda telah berjaya menghasilkan  bentuk seperti yang diatas .


 Rajah 9
Seterusnya  kita akan menghidekan layer background  iaitu dengan mengklik icon  seperti  mata terdapat  pada panel  layer tersebut  , anda dapat melihat pada anak panah 9A.

 Rajah 10
Kemudian kita define shape tadi  menjadi brush  sepertimana yang ditunjukkan pada rajah 10 . Pastikan anda masih highlight  layer seperti  yang ditunjukkan pada 10A , kemudian klik “edit “ seperti  ditunjukkan pada anak panah  10B kemudian pilih “Define Brush Preset”  sepertimana ditunjukkan anak panah 10A.

Sekira tertera panel seperti rajah diatas ternyata anda sudah berjaya menghasilkan  brush anda sendiri .

Rajah 11
Seterusnya  , anda close tanpa mengyimpan  file tersebut  hal ini kerana  file tersebut telah menjadi brush yang anda mampu guna bila-bila masa sahaja . 

Rajah 12
Sekarang  saya akan membawa saudara/saudari kepada sesuatu yang lebih advance  . Jadi  ambil perhatian kepada setiap  langkah-langkah yang akan anda sekalian lalui .  Setelah selesai membuat brush , anda sediakan canvas baru tetapi sebelum itu pastikan foreground dan  background anda adalah putih dan hitam seperti yang ditunjukkan anak panah  12A. Kemudian seperti mana proses awal  tutorial ini  , anda klik file (12B)  kemudian new layer . Pada panel new layer tersebut(12C) anda boleh namakan  apa sahaja anda mahu , dalam kes ini saya namakan “TEST”  .  Width : 2000 PX ,  Height : 2000 PX  ,resolution : 72 , color mode : RGB Color dan PERHARTIAN : ubah  background content  kepada : Background Color . Sekiranya selesai , kita proceed next step .


Rajah 13
Kemudian hasilkan new layer (transparent layer )  seperti  yang ditunjukkan pada 13A , kemudian  pastikan layer sebut berada pada atas layer background (warna hitam) sepertimana yang ditunjukkan 13B. Seterusnya anda klik brush icon pada tool panel seperti  ditunjukan pada 13C dan settingkan saiz/diameter  brush anda pada  1700  terlebih dahulu seperti mana yang ditunjukkan  13D  * namun tidak menjadi halangan sekiranya anda ingin settingkan saiz brush anda sendiri.

Rajah 14
Kemudian anda pilih brush percikan api yang dihasilkan pada awal tutorial tadi . Lazimnya brush yang dihasilkan berada kedudukan terakhir sepertimana yang ditunjukkan anak panah 14A .

Rajah 15
Seterusnya anda akan setting secara manual brush preset untuk mnghasilkan  pattern yang rambang sepertimana percikan api yang kita  lihat sebelum ini.
Apa yang anda perlu lakukan adalah pilih “window”  (15A)  - pilih “brush” (15B)  kemudian tertera panel brush preset  (15C) . 



 Sila ikut setting diatas . Anda hanya digalakkan untuk mengubah “Shape Dynamics” dan “Scattering".

Rajah 16
Part ini adalah kegemaran saya , jom kita melukis . Sekali lagi pastikan anda highlight layer transparent seperti yang ditunjukkan pada 16A  kemudian control brush size ikut kreativiti anda . Sebolehnya  anda dapat menghasilkan pattern seperti rajah 6 .

Tips :  besarkan brush apabila  hendak brushkan berdekatan dengan   side canvas  namun kecil sedikit  brush apabila hendak brushkan  bahagian tgh  canvas  .

Rajah 17
Sekarang anda akan mula proses  mewarnakan  supaya partikel-partikel  kelihatan lebih realiti  seperti percikan api . Anda perlu klik adjustment seperti  tertera pada  17A  dan klik color balance seperti yang ditunjukkan pada 17B .





Kemudian adjust color balance mengikut setting diatas .



Rajah 18
Pastikan anda mendapat hasil seperti diatas . Seterusnya untuk  untuk menghidupkan suasana percikan api , anda apply  motion blur . Pastikan anda highlight layer seperti ditunjukkan 18A kemudian klik “Filter” seperti  yang ditunjukkan anak panah 18B .


 
Rajah 19
Rajah 19 membantu anda untuk mencari filter Motion Blur.


Settingkan motion blur seperti diatas . 

 
Sekiranya  proses tutorial  anda berjalan dengan lancar , maka anda akan mendapat sesuatu seperti diatas .

Saya memohon maaf sekiranya bahasa saya ini ada kurang memuaskan namun saya mengharapkan anda mendapat sesuatu daripada tutorial ini . Sekian Terima Kasih  .